Kami juga menitikberatkan keselesaan dan keselamatan pengunjung. Lokasi yang jauh dari kesibukan hiruk pikuk lalu lintas jelas mendamaikan seisi keluarga untuk beristirehat di malam hari supaya segala tugas keesokkan hari dapat disempurnakan dengan jayanya.
Keselamatan anak-anak kecil dari bahaya lalulintas adalah terjamin. Lot rumah di hujung tidak mempunyai kesibukan dan bebas untuk parking kereta. Beristirehatlah sambil menonton siaran tv dan tidur dengan nyenyak untuk menanti matahari menjengah di hari baru.
Kemudahan ruang letak kereta di anjung boleh memuatkan dua buah kereta dalam satu-satu masa serta di hadapan rumah yang luas tanpa gangguan dari kesesakkan pengguna jalan raya yang lain.
Keperluan mendapatkan hidangan pagi, tengahari dan malam yang mudah. Terdapat banyak gerai dan restoran dengan pelbagai hidangan istimewa seperti gulai ikan patin tempoyak yang popular boleh dinikmati di sini. Kedai serbaneka 24 jam yang jaraknya 400M dari kediaman Al Najwan, farmasi, klinik, dobi layan diri dan mini market.
Jarak Al Najwan homestay ke beberapalokasi/bandar utama yang berdekatan :
Mentakab - 15 minit
Maran - 20 minit
Karak - 40 minit
Jerantut - 40 minit
Bandar Bera - 45 minit
Bandar Jengka - 1 jam
Kuantan - 1 jam 15 minit
No comments:
New comments are not allowed.