Tuesday, January 9, 2024

Pembuka wadah Al Najwan



No 14, Jalan Jaya 3/2
Taman Jaya 3
Temerloh, Pahang










Homestay Al Najwan merupakan rumah Semi-D berkembar cukup luas dan selesa. Mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Bilik-bilik berhawa dingin dan kipas dengan tilam yang empuk memberi keselesaan kepada tetamu. Jika ingin ber-bbq ada pit yang istimewa sedua digunakan. Kemudahan memasak, mencuci pakaian dan lain-lain seperti anda berada di rumah sendiri. Tetamu kami datang dari serata pelusok tanah air sehingga Sabah dan Sarawak di atas pelbagai urusan dan tugas seperti majlis perkahwinan, kerja luar, bercuti, melawat saudara-mara dan menemani saudara-mara di hospital.

Lokasinya yang sangat stategik, Bandar Temerloh Bandar Ikan patin yang mana lokasi ditengah-tengah kedudukan dalam negeri Pahang, menjadikan Al Najwan tempat persinggahan untuk meneruskan perjalanan ke daerah-daerah lain yang berhampiran. Jika anda berkunjung ke daerah Temerloh, jangan ragu-ragu untuk menginap di Al Najwan kerana ia disediakan pada kadar yang mampu, selesa dan aman. Kebanyakkan tetamu yang pernah menginap pasti akan kembali ke sini selepas itu.






Tempahan untuk tahun 2024 dibuka sekarang. Selesaikan tempahan awal supaya anda boleh fikirkan hal-hal lain yang lebih penting. Tak rugi pun.. deposit akan dipulangkan sekiranya pembatalan dibuat 7 hari sebelum tarikh booking.



Hubungi saya hari ini untuk pertanyaan dan tempahan. 
Like us https://www.facebook.com/alnajwanhomestay







Terima kasih kepada anda semua yang terus menyokong al najwan homestay yang dipercayai sejak 2009.


Disember 2023



Untuk tempahan, hubungi...



Urusan pertanyaan dan tempahan boleh ajukan kepada :
Cikgu Nadzri @ hp : +6012-6946551
email : nassdotmy@yahoo.com 

0126946551


Alnajwanhomestay


Nadzri Ismail        http://www.facebook.com/alnajwanhomestay






MBB akaun no : 1630 6405 5659 (Mohd Nadzri bin Ismail)
CIMB akaun no : 1218 007 2271 527 (Mohd Nadzri bin Ismail)
LO / Cek : CN SUPPLY & SERVICES-                                   
Company Reg.No :001891622-X)

Kadar sewa semalaman ialah RM170.
Bilangan tetamu max 6-10 pax (dewasa/kanak-kanak).
Untuk sewaan per minggu / bulan kadar sewa boleh dirunding.
Check-in selepas jam 2.00 petang, check-out sebelum 12.00 tengah hari.
Penting : Demi menjaga sensitiviti tetamu kami, Al Najwan hanya mempelawa Muslimat dan Muslimah SAHAJA ke homestay kami. Terima kasih.

Kemudahan yang disediakan


Al Najwan homestay dari masa ke semasa sentiasa prihatin terhadap maklumbalas tetamu kami. Kami akan mengkaji dan memperbaiki mutu perkhidmatan agar tetamu berpuas hati dan berbaloi dengan nilai wang yang dibayar.









Setiap maklumbalas yang diterima kami sangat hargai. Daripada itu, kami cuba sedaya upaya untuk melakukan penambahbaikkan ke atas kualiti servis yang disediakan. Setakat ini, di homestay kami ada menyediakan :


1. 2 katil queen + 1 single
2. Dapur gas memasak + kelengkapan asas
3. Microwave
4. Cerek elektrik
5. Penapis air coway panas+sejuk
6. Meja makan 6 bangku + 'baby chair'
7. Peti ais + freezer
8. Mesin basuh automatik penuh
9. Saterika dan papan penggosok
10.LED TV 42" + Astro 
11. Semua bilik air-cond
12. Sofa
13. Rest chair
14. Tuala, sabun mandi, selimut, sejadah, Al-Quran, Yassin.
15. BBQ pit







Peralatan dan kemudahan-kemudahan lain akan ditambah dari masa ke semasa mengikut keperluan.

Semua usaha yang kami laksanakan adalah demi keselesaan para tetamu kami yang budiman. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada tetamu-tetamu kami yang sentiasa memberi sokongan kepada kemajuan Al Najwan homestay.


Salam sejahtera



Di Al Najwan homestay, kami menyediakan kemudahan perabot dan peralatan yang lengkap bagi kegunaan tetamu yang menginap di sini. Anda boleh memilih untuk menginap secara harian atau pakej mingguan yang fleksibel bergantung kepada bilangan hari dengan kadar sewa yang sangat berpatutan. Paling utama, kami akan memastikan kadar yang dibayar oleh para pelanggan kami berbaloi dengan keselesaan yang peroleh ketika bersama Al Najwan.


Kami juga menitikberatkan keselesaan dan keselamatan pengunjung. Lokasi yang jauh dari kesibukan hiruk pikuk lalu lintas jelas mendamaikan seisi keluarga untuk beristirehat di malam hari supaya segala tugas keesokkan hari dapat disempurnakan dengan jayanya.

Keselamatan anak-anak kecil dari bahaya lalulintas adalah terjamin. Lot rumah di hujung tidak mempunyai kesibukan dan bebas untuk parking kereta. Beristirehatlah sambil menonton siaran tv dan tidur dengan nyenyak untuk menanti matahari menjengah di hari baru.
Kemudahan ruang letak kereta di anjung boleh memuatkan dua buah kereta dalam satu-satu masa serta di hadapan rumah yang luas tanpa gangguan dari kesesakkan pengguna jalan raya yang lain.

Keperluan mendapatkan hidangan pagi, tengahari dan malam yang mudah. Terdapat banyak gerai dan restoran dengan pelbagai hidangan istimewa seperti gulai ikan patin tempoyak yang popular boleh dinikmati di sini. Kedai serbaneka 24 jam yang jaraknya 400M dari kediaman Al Najwan, farmasi, klinik, dobi layan diri dan mini market.

Jarak Al Najwan homestay ke beberapalokasi/bandar utama yang berdekatan :

Pusat bandar Temerloh - 5 minit
Mentakab - 15 minit
Maran - 20 minit
Karak - 40 minit
Jerantut - 40 minit
Bandar Bera - 45 minit
Bandar Jengka - 1 jam
Kuantan - 1 jam 15 minit