Taman Jaya 3
Temerloh, PahangHomestay Al Najwan merupakan rumah Semi-D berkembar cukup luas dan selesa. Mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Bilik-bilik berhawa dingin dan kipas dengan tilam yang empuk memberi keselesaan kepada tetamu. Jika ingin ber-bbq ada pit yang istimewa sedua digunakan. Kemudahan memasak, mencuci pakaian dan lain-lain seperti anda berada di rumah sendiri. Tetamu kami datang dari serata pelusok tanah air sehingga Sabah dan Sarawak di atas pelbagai urusan dan tugas seperti majlis perkahwinan, kerja luar, bercuti, melawat saudara-mara dan menemani saudara-mara di hospital.
Lokasinya yang sangat stategik, Bandar Temerloh Bandar Ikan patin yang mana lokasi ditengah-tengah kedudukan dalam negeri Pahang, menjadikan Al Najwan tempat persinggahan untuk meneruskan perjalanan ke daerah-daerah lain yang berhampiran. Jika anda berkunjung ke daerah Temerloh, jangan ragu-ragu untuk menginap di Al Najwan kerana ia disediakan pada kadar yang mampu, selesa dan aman. Kebanyakkan tetamu yang pernah menginap pasti akan kembali ke sini selepas itu.